Monday, December 13, 2010

Taiping.

Bandar Taiping yang bermula sebagai sebuah pekan kecil bijih timah hingga menjadi ibu negeri pertama Perak. Sekarang ia masih tetap unggul dengan ciri-ciri sejarahnya sehingga dikenali sebagai Bandar Warisan. Pada mulanya, Taiping dikenali dengan nama Klian Pauh. Bandar yang hanya bermula dengan penempatan sebilangan orang Melayu telah menarik ramai orang asing ke situ kerana terjumpanya bijih timah yang banyak.

Peristiwa ini berlaku berikutan terjumpanya gajah Long Jaafar yang bernama Larut, berlumuran lumpur yang mengandungi bijih timah. Bersempena nama gajah tersebut, daerah itu dinamakan Larut.

Bandar Taiping yang terletak di Negeri Perak, dahulunya dikenali sebagai Klian Pauh dan telah ditukar kepada Taiping sempena tamatnya Perang Larut pada tahun 1874. Taiping berasal daripada perkataan Cina “Tai-Peng” yang bermaksud aman selamanya.
Dengan termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874, Taiping telah menjadi sebuah bandar yang utama di Negeri Perak sebagai pusat pentadbiran British berbanding Bandar Taiping sebagai salah satu bandar yang tertua di Malaysia.
Pada tahun 1874, Lembaga Kebersihan / Kesihatan ditubuhkan bagi mentadbir bandar Taiping, fungsi Lembaga telah bertaraf dan telah digubal sesuai dengan penambah fungsi Bandar Taiping sendiri. Kini, Taiping merupakan bandar yang kedua besar selepas Bandaraya Ipoh.
Majlis Perbandaran Taiping terletak dalam Daerah Larut Matang yang mengandungi 12 mukim iaitu:
1. Assam Kumbang
2. Jebong
3. Tupai
4. Bandar Taiping
5. Pengkalan Aur
6. Simpang
7. Sungai Limau
8. Bukit Gantang
9. Trong
10. Sungai Tinggi
11. Batu Kurau
12. Kamunting

Taiping merupakan bandar yang mempunyai kelembapan paling tinggi dengan suhu 27.7 darjah Celcius manakala purata hujan adalah 4199mm setahun.

Tempat tempat menarik di Taiping

Muzium Perak
Muzium Perak dibina pada tahun 1883 merupakan institusi muzium tertua di negara


Muzium Perak merupakan institusi muzium tertua di negara ini yang diasaskan oleh Sir Hugh Low pada tahun 1883 yang menempatkan pelbagai koleksi spesimen zoologi, herbarium dan alat budaya masyarakat Melayu. Pembinaan bangunan muzium dilakukan secara berperingkat di mana fasa pertama dibina pada 1883 dan selesai pembinaannya pada 1886. Fasa seterusnya bermula pada 1889 dengan pembinaan serambi hadapan dan belakang.
Pada 1900, bahagian belakang bangunan asal telah disambung untuk Balai Pameran dan pembinaan ini siap sepenuhnya pada 1903.

Pembinaan bangunan muzium ini diusahakan oleh Residen Perak, Sir Hugh Low dan kurator pertama Muzium Perak ialah Leonard Wray Jr. Keunikan bangunan muzium yang berunsurkan senibina Moorish ini merupakan pusat penyelidikan, pengumpulan, dan pemeliharaan warisan harta kebudayaan masyarakat tempatan serta sejarah alam semulajadi.   

Muzium ini yang ditadbir oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti mempunyai tarikan utama iaitu koleksi orang asli yang lengkapdan terbaik. Selain itu, terdapat juga peralatan-peralatan peninggalan British seperti sauh kapal, tugu peringatan, kapal terbang dan lanca.  
Merupakan muzium pertama di Malaysia dan siap sepenuhnya pada tahun 1903 untuk sedia digunakan.

Tahukah Anda?
Muzium Perak mempunyai koleksi haiwan-haiwan yang diawet seperti seladang, spesis-spesis burung, rusa dan sebagainya.

Zoo Taiping & Night Safari

Zoo Taiping dan Night Safari telah berjaya memenangi Anugerah Tarikan Pelancongan Terbaik Kategori Buatan Manusia.

Night Safari merupakan satu tarikan baru bagi bandar Taiping dan yang pertama di Malaysia. Night Safari telah dirasmi pada 15 Jun 2003 oleh DYMM Sultan Azlan Shah memberi satu kelainan kepada pengunjung di mana keindahan dan keaslian alam semulajadi di waktu malam dapat dilihat. Night Safari mempamerkan hidupan-hidupan haiwan yang aktif di waktu malam yang memberi peluang kepada pengunjung untuk menghayati suasana alam semulajadi dan habitat asal hidupan liar di mana bunyi pelbagai jenis haiwan dapat didengari seperti burung pungguk, musang, kijang, harimau kumbang dan sebagainya. Dalam Anugerah Pelancongan Malaysia 2003, Zoo Taiping dan Night Safari telah berjaya memenangi Anugerah Tarikan Pelancongan Terbaik Kategori Buatan Manusia.

Night Safari Taiping adalah satu produk perlancongan unik di mana haiwan-haiwan yang aktif pada waktu malam dipamerkan dengan menggunakan lampu-lampu khas yang seakan-akan cahaya bulan. Pengunjung dapat menghayati suasana alam semulajadi dan habitat asal hidupan liar di mana bunyi pelbagai jenis haiwan dapat didengari. 

Untuk menghayati sepenuhnya pengalaman ini, pengunjung dikehendaki meminimakan bunyi-bunyian atau suara supaya dapat mendengar bunyi-bunyi haiwan ini, serta tidak mengganggu ketenteraman di Night Safari. Pengunjung dilarang membawa lampu suluh dan kamera berflash di Night Safari kerana ini akan mengganggu haiwan yang dipamerkan. Selain itu kini pihak zoo menyediakan perkhidmatan Edu-Zoo dengan menyediakan Renjer dan Fasilitator bertujuan memberi info tentang haiwan pameran dengan lebih tepat sambil memupuk pengunjung sayangi spesis haiwan yang terdapat di dunia. Program perkhidmatan ini adalah yang pertama di Malaysia.

Tahukah Anda?
Night Safari merupakan zoo ke-3 di dunia yang dibuka pada waktu malam selepas zoo di China dan Singapura.


Kompleks Sejarah Matang

Kompleks Sejarah Matang(dahulunya dikenali sebagai Kompleks Sejarah Kota Ngah Ibrahim) yang terletak di Bukit Gantang, Matang (dulu Permatang), Perak, telah dibina oleh Ngah Ibrahim yang bergelar Orang Kaya Menteri Paduka Tuan adalah anak kepada Cek Long Jaffar orang Melayu pertama tahun 1840 membuka perusahaan lombong bijih timah di kawasan Larut, Matang dan Selama. Kompleks ini adalah merupakan sebuah bangunan yang beliau jadikan sebagai rumah, kota dan juga pusat pentadbiran Larut dan ditempatkan di kawasan seluas 0.8094 hektar. Bangunan ini dibina hanya menggunakan bahan-bahan yang terdiri daripada batu batan sahaja.
Kompleks ini pernah dijadikan sbg Maktab Perguruan Melayu Matang 1913-1922
Setelah Ngah Ibrahim meninggal dunia di Singapura pada 4 Februari 1895, Kota ini diletak dibawah pengawasan pentadbiran Inggeris sehingga ianya dijadikan sebagai Maktab Perguruan Melayu Matang (1913-1922). Selepas itu dijadikan pula sebagai Sekolah Melayu (1913-1941). Semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1941-1945) ianya berperanan sebagai Markas Tentera Jepun. Selepas Jepun menyerah kalah dan berakhirnya Perang Dunia Kedua tahun 1946, ianya dijadikan semula sebagai Sekolah Melayu (1945-1984). Kota ini dijadikan Kompleks Sejarah Matang hingga sekarang mulai tahun 1985 setelah ianya diserahkan kepada Jabatan Muzium Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Jabatan Muzium dan Antikuiti).

Pameran tetap muzium memperagakan artifak berhubungkait dengan kronologi penubuhan bangunan dan penggunaan bangunan itu sendiri bermula daripada keluarga Cek Long Jaffar, Ngah Ibrahim, Pemerintahan Inggeris, Pendudukan Jepun, Maktab Latihan Perguruan Melayu Matang dan Sekolah Melayu.


Bangunan Warisan

Bangunan-bangunan warisan yang terdapat di Taiping lebih tertumpu kepada bangunan kerajaan dan rumah kedai di mana senibinanya adalah dari pengaruh Inggeris. Terdapat 83 rumah kedai dan 34 bangunan-bangunan awam di Taiping. Rumah kedai merupakan bangunan yang paling nyata dan menjadi tanda tempat yang penting di Taiping. Ianya diimport dari China dan dipengaruhi pula oleh arkitektur kolonial yang berkembang pada abad ke 16 hingga pertengahan abad ke-20. Senibina kolonial ini adalah senibina yang dibawa oleh penjajah-penjajah Eropah yang pernah menjajah Malaysia seperti Portugis, Belanda dan Inggeris yang telah diubahsuai mengikut keadaan iklim Malaysia.
Bangunan ini masih digunakan sebagai Bangunan Pentadbiran Kerajaan
Senibina yang sering digunakan ialah Utilitarian, Neo-Classical, Palladian, Minnan, Moden dan sebagainya. Salah satu keunikan bangunan warisan ini adalah kebanyakan pembinaan bangunan-bangunan konkrit yang terdapat di Larut mendahului tempat-tempat lain di Semenanjung.
Malahan menurut pendapat umum, pekan Taiping sudah pun muncul dengan bangunan-bangunan dan rumah-rumah batu sedangkan ketika itu Kuala Lumpur masih lagi dipenuhi rumah-rumah usang seperti bangsal. Rekabentuk kedai-kedai serta bangunan-bangunan kerajaan masih kelihatan utuh dan menarik di mana pengunjung dapat merasai nostalgia zaman kegemilangan Taiping melalui bangunan-bangunan sejarah ini.

Kelip Kelip Kg Dew
Organ penghasilan cahaya terbahagi kepada 3 lapisan


Kelip-kelip Kg Dew (Ritma Cahaya Alam) merupakan satu tarikan istimewa di Taiping. Ia menjadi salah satu tempat lawatan menarik bagi pelancong yang datang ke Taiping, Perak, Malaysia

Tahukah anda ?
Cahaya dihasilkan oleh kelip-kelip kurang berkesan pada negatif filem biasa. Oleh itu, keindahan dan keajaiban ini hanya dapat dilihat oleh mata anda sendiri. 





 Kuala Gula / Matang Mangrove

Burung Botak Upih antara burung yg dapat dilihat di sini
Hutan Mangrove Matang atau lebih dikenali sebagai Kuala Gula adalah  ekosistem mangrove terbesar di Semenanjung Malaysia. Ekologi mangrove ini berlimpah habitat memanjang hamparan lumpur pasang surut pantai barat Perak utara selama hampir 50km 40km ditambah lain sepanjang garis pantai dari sistem sungai terlindung dalam masa lima cadangan itu muara.
Selama musim penghijrahan antara Ogos dan April setiap tahun, lebih dari 200.000 burung migran yang mewakili sekitar 50 spesies dianggarkan berhenti di sini.



 




Tempat makan yang terdapat di Taiping


Bil Nama Restoran Kategori/Jenis Makanan Alamat
1 Restoran Doli Keowteow Goreng dan Lain-lain No. 5, Regat Tupai 34000 Taiping
2 Restoran D' Mutiara Nasi kandar, Roti Jala dan lain-lain No. 36-38, Jalan Berek 34000 Taiping
3 Restoran Sri Malaysia Masakan Tempatan dan western No. 4, Jalan Sultan Mansor 34000 Taiping
4 Restoran Bumi Masakan Tempatan dan western No. 49, Jalan Kota 34000 Taiping
5 Restoran Assam Pedas Assam Pedas Masakan Kampung
dan lain-lain
No. 10, Persiaran Kamunting Jalan Kamunting, 34600 Kamunting
6 Panorama Hotel Sdn. Bhd Nasi Goreng Chicken Chop (Western Food) No. 61-79, Jalan Kota 34000 Taiping
7 Restoran A. Rahman Nasi Kandar dan lain-lain No. 1, Jalan Medan Saujana 1 34600 Kamunting
8 Legend Inn Masakan Tempatan dan Western No. 2, Jalan Long Jaafar 34000 Taiping
9 Restoran Selera Malam Masakan Tempatan dan Western Jalan Kamunting Lama, Kamunting.

Jalan Stesyen, Kamunting.

Jalan Panggung Wayang, Taiping
10 Restoran Kamunting Timur Masakan Tempatan dan Thai Jalan Kamunting Lama, Kamunting.
11 Gerai Mak Teh Kuala Sepetang Mee Banjir Udang Kuala Sepetang
12 Anjung Damai Kantin MPT Roti Canai + Teh Tarik RM1,  
Masakan Tempatan
Kantin MPT

13 Pizza Hut Pizza No. 99 (Ground Floor) & No. 101 (Ground & First Floors)
Jalan Kota, 34000 Taiping.

14 KFC Makanan Segera No 25 & 25A Market Square  Taiping
No. 1, Jalan Medan Kamunting Jaya, Kamunting
PT 13952, Jalan Medan Saujana, The Store Kamunting,
Tesco Taiping
Giant Taiping

15

McDonald's

Makanan Segera

Taiping Sentral, Jalan Istana Larut
16 Meridien Hotel Sdn Bhd Masakan Tempatan dan Western Hotel Meridien
Jalan Simpang
17 Flemington Hotel Masakan Tempatan dan Western Jalan Samanea Saman, Taiping
18 Restoran Cili Padi Masakan Tempatan Medan Taiping
19
SSL Traders Hotel Sdn Bhd
Masakan Tempatan dan Western SSL Traders Hotel, Kamunting
20 Restoran Pelita Nasi Kandar dan lain-lain Taiping Sentral, Jalan Istana Larut
21 Sushi King Sushi dan lain-lain Taiping Sentral,
Jalan Istana Larut
22 Old Town Kopitiam Masakan Tempatan dan Western Taiping Sentral,
Jalan Istana Larut
23 Kenny Rogers Roasters Masakan Tempatan dan Western Taiping Sentral,
Jalan Istana Larut
24 Jom Bali Cafe Masakan Tempatan dan Western Tesco Taiping
Jalan Istana Larut
25 Restoran Rasamas Masakan Tempatan dan Western Tesco Taiping
Jalan Istana Larut
26 Secret Recipe Kek dan Makanan lain-lain Tesco Taiping
Jalan Istana Larut
27 Medan Selera Bomba Yong TauFu Taiping
28 Restoran Passia Masakan Tempatan Medan Saujana, Kamunting
29 Olden Days Kopitiam Masakan Tempatan dan Western Jalan Tupai, Taiping
30 Restoran Selera Kampung Masakan Tempatan Jalan Taming Sari, Taiping
31 Seri Malaysia Hotel Masakan Tempatan dan Western Jalan Pekeliling, Taman Tasik Taiping
32 Starbucks Coffee Makanan dan Kopi Taiping Sentral,
Jalan Istana Larut
33 SM Heritage Masakan Tempatan, Western, Steamboat Taiping Sentral,
Jalan Istana Larut
34 Medan Selera Casual Market Yong Taufu, Mee Goreng, dan
lain makanan
Jalan Panggung Wayang
35 Restotan Kakak Makanan Cina 111, Jalan Pasar,Taiping
36 Nagaria Steak House Makanan barat 61, Jalan Pasar, Taiping
37 Sri Annapoorana Curry House Makanan India No 164, Jalan Taming Sari, Taiping
38 Wasabi Sushi Sushi G1 & G2, 40, Jalan Kota, Taiping
39 Restoran Yut Sun Makanan Cina 80, Jalan Pasar, Taiping
 

Saturday, December 11, 2010

Haiwan yang terdapat di Zoo Taiping

Antara spesis buaya yang terancam.
Buaya Jejulung



Nama Saintifik:
Tomistoma schlegelii

Klasifikasi:
Order : Crocodilia
Keluarga : Crocodylidae

Huraian:
Spesis ini menyerupai Buaya Gharial (Gavialis gangeticus), tetapi kepalanya berbentuk tirus ke arah muncungnya yang sempit dan tidak mempunyai muncung hujung yang bulat seperti Buaya Gharial jantan. Berwarna coklat gelap dengan jalur hitam yang kabur di bahagian belakang badannya. Matanya yang berwarna kuning coklat perang merupakan keunikan di kalangan buaya ini.

Status:
Spesis ini merupakan spesis yang amat terancam. Buaya Jejulung mungkin telah pupus di selatan Negara Thai dan telah hampir pupus di Malaysia. Ancaman yang paling ketara adalah pemburuan haram dan kemusnahan habitatnya.

Taburan:
Asia Tenggara

Habitat:
Paya air tawar, sungai dan tasik.

Pembiakan:
20-60 biji telur.

Sekeluarga dengan:
Buaya Gharial

Adaptasi Fisiologi da Morfologi

Berikan huraian kepada setiap yang berikut berdasarkan contoh kes yang sesuai. Adaptasi fisiologi, morfologi dan tingkah laku.

            Adaptasi fisiologi, morfologi, dan tingkah laku ini adalah merupakan satu cara dimana haiwan dan tumbuhan menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. Punca daripada masalah ini disebabkan oleh ekosistem haiwan dan tumbuhan itu terganggu dan juga disebabkan oleh perubahan dari segi suhu secara semula jadi. Antara jenis gangguan termasuklah kebakaran, banjir, angin atau ribut dan juga aktiviti manusia.
            Adaptasi memberi maksud penyesuaian diri terhadap tekanan persekitaran untuk membolehkan sesuatu organisma itu akan terus hidup. Terdapat tiga jenis adaptasi iaitu adaptasi morfologi, adaptasi fisiologi dan adaptasi tingkah laku. Adaptasi morfologi ini merujuk kepada bentuk fizikal haiwan dan tumbuhan, manakala adaptasi fisiologi pula merujuk kepada fungsi anggota fizikal atau organ organisma tersebut. Manakala adaptasi tingkah laku pula merujuk kepada perubahan tingkah laku organisma tersebut.
            Adaptasi morfologi atau merupakan penyesuaian bentuk tubuh. Bagi haiwan yang berada dikawasan panas, haiwan tersebut perlu menyesuaikan diri untuk mengelak daripada kenaikan suhu badan. Untuk itu, ia perlu beradaptasi untuk menyingkirkan haba badan yang berlebihan. Dalam menyesuaikan diri dikawasan panas ini haiwan biasanya menjalankan adaptasi melalui penyesuaian saiz badan. Sebagai contoh, kucing mempunyai saiz yang kecil supaya nisbah luas permukaan kepada isi padu adalah kecil. Selain daripada itu, jika haiwan seperti gajah ia memerlukan jumlah luas permukaan dengan kulit yang berkedut dan cuping yang besar. Ini membolehkan gajah ini dapat menyesuaikan diri melalui suhu persekitaran dengan mudah.
Tenggiling mengadaptasi melalui muncungnya.
Menggunkan lidah yang begetah untuk menagkap serangga.
            Penyesuaian bentuk fizikal haiwan yang lain adalah seperti mempunyai gigi-gigi yang khusus. Gigi haiwan karnivor seperti harimau beradaptasi menjadi empat gigi taring besar dan runcing bagi tujuan menangkap mangsa, serta gigi geraham dengan hujung pemotong yang tajam untuk mencabik mangsanya. Haiwan seperti tenggiling pula beradaptasi melalui muncungnya. Haiwan ini mempunyai muncung yang panjang dengan hujung mulutnya kecil tak bergigi dengan lubang berbentuk celah kecil untuk menyedut semut daripada sarangnya. Haiwan ini juga mempunyai lidah yang panjang dan bergetah yang dapat dijulurkan dengan jarak yang jauh bagi menangkap serangga. Selain itu, haiwan yang mempunyai paruh seperti helang. Helang ini memiliki paruh yang kuat dengan rahang atas yang melengkung dan tajam yang mana ia berfungsi untuk mencengkeram mangsanya.
Periuk Kera.
            Dari segi tumbuhan pula adaptasi morfologi ini boleh dilihat melalui tumbuhan pemakan serangga. Biasanya tumbuhan ini memiliki daun yang berbentuk piala dengan permukaan dalam yang licin sehingga dapat mengelincirkan serangga yang hinggap diatasnya dan dijadikan makanannya. Dengan enzim yang dimiliki tumbuhan tersebut, serangga itu akan dilumatkan sehingga tumbuhan itu memperolehi unsur yang diperlukan. Contoh tumbuhan pemakan serangga ini ialah periuk kera.
            Selain daripada itu, boleh dilihat melalui perubahan kelebaran daun. Dikawasan yang tropika daun tumbuhan ini mempunyai saiz yang besar. Tujuannya ialah bagi membolehkan tumbuhan tersebut menampung air dengan banyak serta mudah untuk disejat. Manakala dikawasan seperti gurun pula daun tumbuhannya lebih kecil dan kebanyakannya tumbuhan yang tidak berdaun seperti kaktus dan tumbuhan ini juga mempunyai batang yang dikhaskan untuk menyimpan air. Tujuan utamanya adalah untuk menyimpan air dalam tempoh masa yang lama.
            Adaptasi fisiologi atau penyesuaian fungsi fisiologi fizikal untuk mempertahankan hidupnya. Kucing, apabila haiwan ini berteduh kadar metabolisme badan kucing tersebut akan direndahkan supaya kadar kehilangan air didalam badan berkurangan. Musang juga beradaptasi dengan cara menyemburkan cairan bagi mengelakkan dirinya daripada musuh. Kelenjar bau yang dimiliki oleh musang tersebut membolehkan musuh tidak dapat menghidu bau musang tersebut. Selain daripada itu haiwan seperti sesumpah pula beradaptasi dengan cara menukarkan warna kulit mengikut keadaan persekitarannya bagi tujuan melindungi diri daripada musuh.
            Terdapat juga spesies katak yang mana mampu beradaptasi dengan persekitarannya melalui perubahan warna dan juga ciri-ciri fizikalnya. Sesetengah spesies anurans ini mampu mengubah dirinya seperti daun mati bagi mengelak ancaman daripada musuh. Begitu juga dengan sesetengah spesies ular.
            Adaptasi tingkah laku yang mana melibatkan perubahan tingkah laku. Terdapat beberapa haiwan yang boleh melakukan adaptasi tingkah laku ini. Sebagai contoh, tupai Virginia yang mana tupai tersebut akan berpura-pura mati apabila didekati oleh seekor anjing. Manakala, burung unta pula akan memasukkan kepalanya kedalam tanah apabila haiwan tersebut diancam. Selain daripada itu, migrasi ikan solmon dimana ikan ini hidup di lautan tapi apabila musim mengawan ikan ini akan mencari tempat yang sesuai untuk bertelur. Ikan ini walaupun tinggal di laut tetapi ikan ini akan bertelur di sungai-sungai.
            Dari segi tingkah laku tumbuhan pula, cahaya adalah sumber paling penting dalam menjalankan proses fotosintesis. Terdapat tumbuhan yang tidak mampu untuk bersaing mendapatkan cahaya matahari akan menyebabkan proses pembesaran tumbuhan tersebut mempunyai bentuk fizikal yang melengkung. Hal ini berlaku apabila cahaya matahari hanya terdapat pada satu-satu tempat sahaja kerana dilindungi oleh pokok-pokok yang lebih tinggi dengan tumbuhan tersebut.
            Secara kesimpulannya, proses pengadaptasian yang dilakukan oleh tumbuhan dan haiwan ini disebabkan oleh beberapa faktor. Bagi haiwan proses adaptasi ini kebanyakannya dijalankan untuk menghindarkan diri daripada musuh. Manakala tumbuhan pula disebabkan oleh persaingan yang berlaku dan juga akibat daripada tekanan suhu.

Sejarah Taiping.

>>SEJARAH TAIPING
--------------------------------

Asalnya, British bertumpu ke sini kerana kekayaan lombong bijih timahnya, yang dijumpai pada 1840-an oleh seorang pemuda tempatan bernama Long Ja'afar ketika sibuk mandi jeram di Larut, Perak.

Dia kemudian membawa masuk sekumpulan pelombong Cina dari Pulau Pinang untuk membantu kerja melombong di Klian Pauh.

Kumpulan ini adalah ahli kepada Hai San, 'kumpulan rahsia' Cina dari Pulau Pinang dan diketuai Chung Keng Kooi. Tidak lama kemudian, sekumpulan pelombong lain dikenali sebagai Ghee Hin berhijrah ke kawasan berdekatan dikenali sebagai Klian Baru.

Asalnya, longgokan bijih timah dijumpai di kolam lumpur bekas tapak kaki gajah.

Pada 1861, pergaduhan tercetus antara pelombong di Klian Pauh dan Klian Baru berikutan kawalan terhadap kawasan lombong.

Ngah Ibrahim, yang menggantikan bapanya, Long Ja'afar pada 1857, melantik Kapten Speedy dan askar India untuk mematahkan beberapa siri peperangan dalam Perang Larut.

Hanya apabila fasa sejarah ini selesai, Taiping yang bermakna 'ketenangan abadi' dalam Bahasa Cina, mula diduduki oleh Hai San. Satu lagi bandar baru, Kamunting muncul sebagai tempat tinggal pesaing mereka.

Taiping menjadi ibu negeri Perak sehingga meletusnya Perang Dunia II. Selepas itu, ia berpindah ke Ipoh selepas kekalahan tentera Jepun.

Bandar ini juga mencatat sejarah manis dalam pengangkutan udara negara. Di sini, presiden pertama dan bekas naib presiden Indonesia, Sukarno dan Mohd Hatta, mendarat pada 1945 untuk mengadakan rundingan kemerdekaan Tanah Melayu dan Indonesia.

Kedua tokoh itu mengunjungi bandar ini untuk bertemu Dr Burhanuddin al-Helmi dan Ibrahim Yaacob, pemimpin Kesatuan Semenanjung Indonesia, untuk membincangkan kemerdekaan bersama kedua negara.

Tetapi, idea itu tidak mendapat persetujuan British dan Indonesia seterusnya mencapai kemerdekaan tidak lama selepas peristiwa itu.



Antara rekod pertama Taiping:

Lombong bijih timah terbuka di semenanjung (1844)

Kolam renang-Kolam Renang Kemahkotaan (1870)

Gudang senjata dan meriam (1870)

Mahkamah majistret (1874)

Balai penghulu (1875)

Port Weld (1877)

Pasukan polis (1879)

Kediaman Residen (1879)

Pusat peranginan tanah tinggi - Maxwell Hill (1884)

Rest house (1894)

Masjid - Masjid Tengku Menteri (1897)

Pejabat kerajaan (1879)

Pejabat pos dan telegraf (1880)

Taman tasik - Taman Tasik Taiping (1881)

Hospital swasta dan kerajaan (1880)

Kelab - New Club (1881)

Stesen kereta api dan gudang (1881)

Bangunan pasar - Taiping Market Square (1884)

Muzium - Muzium Perak (1883)

Penjara - Penjara Taiping (1879)

Trek kereta api - dari Port Weld ke Taiping (1885)

Kelab lumba kuda - Perak Turf Club (1886)

Gereja Anglican - All Saints Church, Taiping (1886)

Sekolah Inggeris - King Edward VII School (1883)

Menara jam - Menara Jam Besar (1881)

Esplanade - Padang Esplanade (1890)

Akhbar Melayu - Seri Perak (Jun 1893)

Akhbar Inggeris - Perak Pioneer (4 Julai, 1894)

Akhbar Tamil - Perak Verthamani (1894)

Pasukan tentera - Malay States Guides (1896)